Tersebut kisah seorang gadis jelita, Putih namanya. Putih, anak malang yang didera oleh ibu tirinya, Kundur dan
kakak tirinya, Merah selepas kematian bapanya, Pak Sukam. Ibunya, Labu turut
mati disebabkan oleh Kundur yang menolaknya jatuhke dalam sunai. Putih yang ditemani oleh dua ekor haiwan peliharaannya, Gemuk
dan Mikus yang nakal menjadi teman tempatnya menumpang kasih.
Pada suatu hari , Putih telah bermimpi bahawa dia telah
berjumpa dengan ibunya dan dalam mimpi tersebut , ibunya telah membawanya ke
satu pokok yang sangat besar dan mempunyai sebuah buaian yang tergantung di
dahan pokok tersebut.
Pada keesokan harinya, Putih lantas pergi ke pokok yang besar
yang telah dia mimpikan malam tadi. Sewaktu Putih sedang asyik menyanyi dan dibuai angin, Putera
Afdus yang sedang mencari haiwan buruan terdengar suaranya lalu menyuruh
panglima Sulong dan laksamana mencari siapakah yang sedang menyanyi sungguh
merdu itu.
Setelah berjumpa dengan pemilik suara, Putera Afdus terpesona
dengan wajahnya yang cantik lalu Putera Afdus ingin mendekatinya namun Putih
bingkas bangun dari buaiannya dan bergegas pulang ke rumah. Putera Afdus
mengarah agar orang bawahannya mengejar dan menjejaki Putih.
Setelah sampai ke rumah Mak Kundur, Mak Kundur menghalau
Sulong dan laksamana kerana dia tidak tahu siapa mereka sebenarnya.
Setelah diberitahu akan pangkat mereka, Mak Kundur segera
memohon maaf dan bertanya apa hajat mereka kemari. Setelah menyatakan hasrat mereka, Mak Kundur gembira dan
mengarah Merah untuk pergi menghadap Putera Afdus di pokok yang sama pada
keesokan harinya. Merah menyanyikan sebuah lagu namun buaian tersebut tidak
bergerak dan suaranya yang nyaring dan sumbang membuatkan Putera Aftus marah.
Mak Kundur takut lalu pulang ke rumah dan mendapatkan Putih.
Putih menyanyikan sebuah lagu dan buai itu terbuai sendiri. Putera Afdus berasa sangat kagum dengan suaranya yang merdu
tambah pula dengan wajahnya yang ayu. Akhirnya Putera Afdus mengahwini Putih dan Putih bahagia
bersama suaminya di dalam mahligai yang dihiasi indah.
Kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Putih difitnah
telah melakukan perkara yang mengaibkan bersama panglima Sulong. Namun, itu hanyalah fitnah semata kerana Putih bertemu dengan
Sulong hanya kerana ingin mendapatkan Mikusnya kembali. Putih dan Sulong dibuang daripada istana namun tidak lama
kemudian Mak Kundur telah tertangkap menabur fitnah oleh laksamana. Putih kembali bersama Putera Aftus dan mereka hidup bersama
bahagia selamanya.
No comments:
Post a Comment