BAHAN – BAHAN YANG DIGUNAKAN
1. MOUNTING BOARD
Ø Mounting
board ini digunakan untuk membuat tapak model kerana ketahanannya yang kuat untuk
menampung bahan – bahan yang lain.
2. KERTAS WARNA
Ø Kertas
warna digunakan adalah bertujuan untuk menceriakan dan mencantikkan lagi model
– model ABM. Kami banyak menggunakan kertas warna merah kerana ianya
melambangkan semangat sastera.
3.
GAM DAN GUNTING
Gam dan gunting
digunakan untuk membuat model – model, buku skrap, buku puisi dan permainan.
Tanpa gam dan gunting, model – model ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
4.
KAD MANILA HITAM
Kad manila ini
digunakan sebagai latar belakang untuk membuat model – model pameran. Sebagai
contohnya, untuk membuat buku skrap Bawang Putih Bawang Merah memerlukan kad
manila untuk dijadikan sebagai latar belakang yang hitam.
5. GAM GLITTER
Gam glitter ini digunakan untuk menceriakan dan mencantikkan lagi lukisan dan model pameran. Gam glitter ini terdiri daripada 5 warna berbeza yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment