KERTAS KERJA





                              BMK 3033 KETRAMPILAN MEMBACA
                                  SEMESTER 1 SESI 2017/2018 (A171)

                                                KERTAS KERJA
PAMERAN : PENERAPAN IMEJ DALAM ALAT BANTU MENGAJAR BAGI  PENDIDIKAN SASTERA


ANJURAN

Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 1 Sesi 2017/2018


DENGAN KERJASAMA

 Fakulti Bahasa dan Komunikasi

TARIKH

 24 November 2017


TEMPAT

 Dewan Kuliah J , Kampus Sultan Jalil Shah, UPSI





1.0  PENGENALAN

Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/mahasiswi khususnya bagi kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan alat bantu mengajar dengan cara yang betul. Selain itu, program ini dapat memberikan pelajar ilmu pengetahuan yang baru melalui pengalaman dan pratikal. 


2.0        TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan pertimbangan     dan sumbangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan :

a.         Untuk mendapatkan mata aktiviti pelajar “My Curriculum Activity Transcript” (MyCAT).
b.         Kelulusan dana dan kewangan bagi pelajar membeli alatan dan bahan
c.         Kelulusan dan kebenaran menjalankan  pameran dan carnival  di Dewan Kuliah J


3.0         OBJEKTIF

Program ini diadakan untuk :
a.       Meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar.
b.      Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan menggunakan teknik penerapan imej.
c.       Meningkatkan semangat ingin belajar sambil bermain dalam sesi pembelajaran.
d.      Melatih para pelajar untuk menguasai Penggunaan ABM dalam kelas.



4.0       HASIL PEMBELAJARAN

a.  Pembelajaran di dalam bilik darjah dapat digunakan untuk semasa sesi pengajaran.         
b. Dapat menjana pemikiran guru untuk lebih kreatif dalam menghasilkan ABM yang lebih menarik.


5.0       KEMAHIRAN INSANIAH

a. para pelajar dapat memupuk kerjasama antara ahli dan melatih diri untuk lebih bersosial.
b. keyakinan  diri dalam kalangan pelajar untuk memberi penerangan tentang ABM dapat diasah.
c. dapat melahirkan mahasiswa/mahasiswi yang berketrampilan tinggi.
d. menjana kreativiti dan idea para pelajar yang boleh digunapakai sewaktu mengajar.


6.0       JUSTIFIKASI

Program ini dilakukan untuk mengasah kreativiti para pelajar dalam menghasilkan alat bantu mengajar menggunakan Teknik pembelajaran. Di samping itu, program atau pameran ini  dapat mengukuhkan kerjsama antara semua pihak sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesame ahli dan pelajar lain. Program ini juga merupakan satu proses atau wadah ke arah melahirkan pelajar yang berinovasi dan bitara dalam menjana idea.


7.0       PELAKSANAAN
Program  ini dijalankan pada :
Program : Pameran : Penerapan imej dalam alat bantu mengajar bagi  pendidikan sastera
Tarikh : 24 november 2017 .
Tempat : Dewan Kuliah J , Kampus Sultan Jalil Shah, UPSI.
Masa : 8 pagi – 11 pagi.

8.0       KUMPULAN SASARAN

Melibatkan 40 orang pelajar kumpulan A kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 1 Sesi 2017/2018 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


9.0       TENTATIF PROGRAM
MASA
ATURCARA
8.00 a.m.
Ketibaan Para Pelajar dan Pensyarah
9.00 a.m.
Majli/program  Bermula
9.05 a.m
Penilaian Hasil Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Bacaan
10.30 p.m.
Ulasan daripada pensyarah bagi setiap ABM
- taklimat
10.50 p.m
Sesi bergambar
11.00 p.m.
Majlis bersurai



10.0       AHLI JAWATANKUASA

Penasihat
Dr. Dahlia binti Janan

Pengarah
Nur Fatin binti Abdul Rahman
(D20161073266)

Penolong Pengarah
Siti Salwa binti Madnoor
(D20161073282)

Setiausaha
Nurul Shuhada Binti Abdul Aziz
(D20161073275)

Bendahari
Nor Asyfaa binti Mansor
(D20161073291)


11.0       ANGGARAN KEWANGAN (PERBELANJAAN)

BIL
PERKARA
HARGA (RM)
1.
 Mounting board
 RM 4.00
2.
 Kertas warna
 RM 2.50
3.
 Kertas manila kad (hitam)
 RM 2.00
4.
 Gam Glitters
 RM 4.30
5.
 Gunting
 RM 3.50
6.
 Gam
 RM 1.50
Jumlah pendapatan keseluruhan
 RM 17.80


12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak fakulti dan diberi kelulusan. Sekian. Terima kasih.





Disediakan oleh :

________________
Setiausaha
Nurul Shuhada binti Abdul Aziz
Disemak oleh :

________________
Pengarah
Nur Fatin binti Abdul Rahman
Disahkan oleh:

________________
Penasihat dan pensyarah
Dr. Dahlia binti Janan


No comments:

Post a Comment