Tugasan
Laporan BBM
1.0
Definisi Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
2008, perkataan membaca membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang ditulis
atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menurut Klein
dalam Faridah Rahim (2005:3), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses.
Maksudnya adalah informasi daripada teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh
pembaca mempunyai peranan utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay
(1980) beranggapan bahawa membaca adalah keperluan seseorang untuk mahir atau
dapat membaca lambang-lambang bercetak bagi memberi makna terhadap lambang yang
dibacanya. Hal ini bertujuan untuk mengetahui keupayaan seseorang individu itu
sama ada “celik huruf” atau “buta huruf”. Bagi memahami konsep membaca dengan
lebih jelas, dua perspektif harus ditinjau terlebih dahulu. Pertama ialah
membaca sebagai proses membentuk makna dan yang kedua ialah membaca sebagai
proses memilih dan mengambil tindakan.
1.)
Membaca sebagai proses membentuk makna
Menurut Anderson dan Pearson (1984),
membaca merupakan satu interaksi antara pembaca dengan bahan-bahan bacaan yang
mereka baca. Interaksi ini merupakan sejenis proses pembentukan dan pemberian
makna antara bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman latar pembaca-pembaca
tersebut. Aktiviti membaca dan proses pembentukan makna adalah saling
bergantungan antara satu sama lain. Hal ini kerana proses tersebut tidak
dikenali sebagai proses membaca jika kita tidak memahami makna pembacaan
dahulu. Pemahaman makna terhadap kandungan pembacaan dalam proses membaca pula
dapat dihasilkan daripada pengetahuan latar yang ada pada seseorang pembaca.
Pengetahuan latar merujuk kepada maklumat yang terkandung dalam minda
seseorang. Pengetahuan latar ini pula dapat digerakkan oleh perkataan, ayat,
dan paragraf penulis dalam bahan yang dibacanya. Kita dapat memahami sesuatu
dengan lebih jelas jika kita mempunyai konsep terhadap seseuatu objek tersebut.
Sebagai contoh, kita dapat menggambarkan sesebuah kapal terbang sebgaai salah
satu kenderaan yang dapat menampung beratus-ratus penumpang dari satu destinasi
ke satu destinasi yang lain tanpa sebarang masalah. Namun begitu, konsep
kenderaan ini menjadi susah apabila menjelaskan kepada segolongan pelajar yang
tidak pernah melihat kapal terbang. Hal ini kerana mereka tidak dapat
menggambarkan benda tersebut tanpa sebarang pengetahuan latar.
2.)
Membaca sebagai proses memilih dan mengambil
tindakan
Perspektif kedua yang perlu dikaji
dalam proses membaca ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil
tindakan. Menurut Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), proses membaca
merujuk kepada satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila penyesuaian
seseorang pembaca terhadap proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang
dibacanya. Proses ini juga dikenali sebagai proses strategi. Pembaca akan
mengawal pemikirannya apabila membaca dalam mengatur strategi. Hal ini kerana
pengawalan fikiran ini bukan sahaja akan menambahkan maklumat daripada bahan
bacaan malah juga dapat menambah lagi pengetahuan latar dalam pemikiran
pembaca. Setiap proses membaca yang dijalankan mempunyai tujuan dan matlamat
tertentu. Dengan itu, pembaca yang mempunyai strategi akan menyesuaikan dirinya
tentang apa yang dibaca. Sebagai contoh, membaca surat khabar adalah berbeza
dengan membaca novel. Pembacaan surat khabar bertujuan untuk mengetahui
perkembangan semasa manakala pembacaan novel bertujuan menghiburkan hati dan
melapangkan fikiran. Kedua-dua jenis pembacaan tersebut memerlukan strategi
yang berbeza ketika menjalankan proses membaca. Sebahagian proses penyesuaian
adalah untuk memahami struktur teks. Terdapat dua jenis struktur teks iaitu
teks naratif dan teks ekspositori. Teks naratif merujuk kepada teks yang
mengandungi cerita manakala teks ekspositori pula merujuk kepada sejenis
maklumat atau arahan yang terdapat dalam buku teks. Penggunaan strategi yang
berbeza akan digunakan bagi meneliti teks yang dibaca apabila pembaca sedar
akan struktur teks bahan bacaan yang berbeza. Proses ini dikenali sebagai
proses metakognitif.
Secara kesimpulannya, membaca
merupakan kemahiran yang penting dari segi perhubungan dan pengetahuan.
Kemahiran membaca ini hendaklah ditekankan kepada semua pihak.
2.0
Jenis- jenis Alat Bantuan Mengajar
Menurut Brown J.W (1983), bahan
bantuan mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Menurut Nur
Elvani Musa dan Minarnie Hadzira Mohammed (1999), menyatakan bahawa alat
bantuan mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang
diajar dengan lebih jelas dan sistematik. Matlamat utama bahan bantuan mengajar
adalah memperjelaskan maklumat agar tidak terlalu verbalistik, mengatasi
keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar, mempersamakan pengalaman,
dan membangkit persepsi pelajar. Bahan bantu mengajar boleh dikategorikan kepada
tiga jenis iaitu BBM elektronik, BBM bukan elektronik dan bahan-bahan bercorak
pengalaman dan bahan sebenar.
A.
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
1.)Papan
tulis atau papan hitam
-digunakan
untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar
2.)Buku
teks
-digunakan
secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
3.)Papan
pamer atau papan buletin
-dapat
memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan
perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kretiviti,
membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran pelajar
4.)Gambar
-digunakan
untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan
sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah
B.
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.)Overhead
projektor (OHP)
-digunakan
untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah dan sangat dipengaruhi
oleh jumlah serta mutu maklumat yang dimuatkan ke dalamnya (ringkas, menarik
dan bermakna)
2.)Pita
slaid (filem slaid)
-sejenis
media tanpa gerak yang merupakan transparensi positif berukuran kecil. Sangat
kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya Biologi
3.)Filem
tayangan /filem jalur
-dapat
memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deri penglihatan
dan pendengaran
4.)Komputer
-dapat
menggabungkan teks, suara, muzik, grafik dan animasi sebagai bahan pengajaran.
Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz,
ujian dan sebagainya.
Kumpulan kami telah memilih teknik
menerap imej bagi menyediakan bahan bantuan mengajar untuk pameran yang
diadakan di Dewan Kuliah J. Selaku wakil daripada kos Kesusasteraan Melayu,
kami telah memilih tajuk yang berkaitan dengan cerita rakyat iaitu Bawang Merah
Bawang Putih. Teknik menerap imej sangat sesuai sekali digunakan kerana pembaca
dapat membayangkan imej watak-watak dalam sesebuah cerita dengan lebih mudah
dan menarik. Mereka dapat bayangan sebenar tentang watak dan perwatakan yang
terdapat dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih dengan lebih jelas dan mereka
dapat memahami cerita dengan cepat.
3.0
Bahan Bantu Mengajar (Teknik Menerap Imej)
Menerap
imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan
yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara asas
•Apakah
yang teks ini bincangkan?
•Apakah
yang menyebabkan anda berfikir demikian?
Sebelum
membaca
•Apakah
yang sedang perlaku dalam minda anda ketika membaca bahagian ini?
•
Apakah yang sedang anda fikirkan?
•Adakah
mana-mana bahagian yang anda rasa sukar membacanya?
•Apakah
yang anda lakukan apabila berhadapan dengan bahagian yang sukar ini?
•Adakah
perkataan yang sukar?
•Apakah
yang anda lakukan apabila berhadapan dengan perkataan yang sukar?
Semasa
membaca
•Dengan
perkataan sendiri apa yang teks ini bincangkan.
Selepas
membaca
-
dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Perkara asas ini
diterjemahkan
ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti yang berikut:
Langkah
1
–
Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej.
Jelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa
yang
mereka baca. (apa)
Pelajar dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang
dibaca
yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. (mengapa)
Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan
melakukannya
sendiri. (bagaimana)
Langkah
2
–
Pilih teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah
perkataan
and bacakan dengan lantang. Guru bacakannya dengan lantang.
Langkah
3
–
Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir
dan
bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi
beliau
dengan
teks dengan pelajar. Pekara ini
dilakukan teruatamanya apabila bertemu dengan
perkataan
yang menarik di dalam teks.
Langkah
4
–
Membekalkan latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej
yang
mereka gambarkan ketika membaca lantang berlansung. Galakkan pelajar untuk
mencatat
persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
Langkah
5
–
Sokongan ketika latihan kendiri.
Pelajar bekerja secara pasangan untuk membaca senyap teks.
Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej
yang
mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka
membina
imej-imej tersebut.
Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej
mental
yang mereka bina.
Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada
akhirnya
dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.
Langkah
6
–
Sediakan latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar sudah mahir menggunakan
teknik
menerap imej ini sediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas
teks
–teks lain yang bersesuaian.
4.0
Mengapa Alat Bantu Mengajar Diperlukan
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
diperlukan adalah bertujuan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran. Pengajaran bermaksud
seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan
mendalam mengenai sesuatu ilmu serta mempunyai kemahiran atau teknik
profesional yang tinggi (Dunne, R & Wragg, T, 1994). Oleh itu, seseorang
guru yang berpengetahuan luas pastinya pastinya
akan menggunakan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam hal ini, BBM yang digunakan oleh guru tersebut pastinya akan memberikan
satu imej yang mendalam kepada pelajar. Pelajar akan dapat ingat dalam jangka
masa lama tentang alat BBM yang
dilihatnya. Keadaan ini pastinya akan meningkatkan daya tumpuan pelajar. Oleh
itu, guru tersebut hanya perlu memberikan penerangan kepada alat bantu mengajar
tersebut dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, BBM diperlukan kerana
dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyediakan dan
mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakan pelajar untuk terus belajar.
Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran
berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat
pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat
memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru
berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi
kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti
yang dinyatakan oleh Malikow, M (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan
pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar dan kemahiran melaksanakan
aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi,
cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat
pelajar.
Di samping itu, BBM diperlukan
supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Dalam hal ini,
pelajar akan mendapat pengalaman melalui BBM berasakan teknologi. BBM yang
berasaskan teknologi amat memberi kesan kepada pelajar. Senarai peralatan baru
bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang
diwujudkan oleh konsep “penyelidikan dan pembangunan”. Justeru, guru perlu
memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem
audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat
memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana
pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada
pelajar. Tambahan lagi, teknologi pendidikan termasuk pita rakaman audio dapat
memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan bantu mengajar
sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan
melalui penggunaan pelbagai deria. Deria yang terlibat ialah deria penglihatan,
sentuh dan pendengaran. Dengan cara tersebut, kita bukan sahaja dapat
meningkatkan proses memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis menerusi bahan
yang dihasilkan dalam bentuk paparan bertulis malah meningkatkan juga
perbendaharaan kata pelajar melalui pembacaan.
Kelebihan
1. Pelajar boleh
berfikir secara kreatif
2. Pelajar
bermain sambil belajar.
3. Pelajar yang
mahir akan cepat memahami imej dalam kadar yang singkat
Kekurangan
1. Pelajar yang
lemah dapat menguasai 1 atau 2 imej sahaja
2. Guru perlu
memerlukan masa yang lama untuk latihan kendiri
3. Guru perlu
membimbing pelajar yang lemah
No comments:
Post a Comment